Friday, September 4, 2015

Seri Kemaman Inn

Hari ni tergerak hati nak buat review hotel kat Kemaman. As usual, kalau hubby datang sini mesti kitorg akan cari hotel untuk bermalam. Yela, nak tido kat umah macam tak elok dipandang jiran2, umah bujang la kate kan..

Kat hotel ni, ktorg amek deluxe room yang katil queen tuh. Price RM96 include gst dah ni. Nothing special bilik ni, takde kettle, takde fridge. Korang boleh tengok kat gambar2 kat bawah ni.

Owh, kate beliau ada wifi. So, dengan senang hati kita pn connect la. Tup tup, failed. Adoiii la, die dah cakap bilik atas ni tak sure la boleh connect ke tak.

Masuk bilik je ade 1 yang kita perasan, takde towel. Huhu, cepat2 kita suruh hubby mintak towel ngan reception. Kita punye la positif suka kan hotel ni sebab ade surau, skali bile cari and tanya akak cleaner boleh pulak die cakap ada tapi jarang orang gune. Means memang tak guna langsung la. Adoiiii!!!

Ok dah, taknak cakap banyak dah. Korang tengok je gambar2 kat bawah ni ye.


Ada almari untuk korang letak baju2 or barang korang so takde la nampak serabut sangat bilik korang nanti

Pintu bilik

Toilet. Ni kita macam tak puas ati sikit. Korang bole nilai sendiri

Meja mekap. Hehe kasik can kita selfie sikit ye.

Ops, lupe nak cakap ada tv. Hehe..

Wednesday, June 17, 2015

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Sebahagian ahli keluarga Haji Hussin & Hajjah Zaliha


Ya Allah, syukur ke hadrat Ilahi tahun ini dapat kita bertemu kembali bersama Ramadhan yang penuh barakah ini. Walaupun status ku sudah berubah namun hasrat hati dan niat hati masih sama untuk tahun ini. Ingin mendapatkan keberkatan daripadaNya dan dilimpahkan ramhat kepadaNya. Marilah kita sama-sama mengambil kesempatan ini untuk lebih menghargai bulan yang penuh mulia ini. Jangan lah kita lalai dan alpa dengan dunia ini. Ingatlah bahawa dunia ini hanyalah persinggahan bagi kita, akhirat la yg kekal selama-lamanya.



Copy from Whatsapp


30 MENU LAZAT SEPANJANG RAMADHAN

  • Tilawah al Quran sejuzuk sehari paling kurang.
  • Solat tarawih minima 8 rakaat setiap mlm.
  • Solat Witir minima 3 rakaat semalam.
  • Beri makan org berbuka puasa walaupun dgn sebiji tamar setiap hari.
  • Solat fardhu 5 waktu berjamaah setiap hari.
  • Tahajud setiap malam minima 2 rakaat.
  • Sunat dhuha setiap pagi.
  • Sedekah setiap hari minima seringgit.
  • Pastikan sahur setiap hari.
  • Iktikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit.
  • Tadarus al Quran sambil usaha memahami maksudnya.
  • Ziarah orang yg kurang bernasib baik.
  • Kurangkan ziarah ke bazar2 ramadhan.
  • Pilih makanan sunnah sebagai menu harian.
  • Elakkan membeli makanan dari tangan2 orang yg fasik.
  • Jauhkan aktiviti yg lagha.
  • Zikir harian, banyakkan berdoa.
  • Lazimi bibir beristighfar sekurang2nya 70x dlm sehari.
  • Ajari diri dengan sifat rendah hati kerana Allah
  • Mudah memohon maaf dan memberi maaf.
  • Menjaga dan menghubung silaturrahim
  • Menjaga dan menutup aurat dengan sempurna ( bukan berpakaian tp bertelanjang)
  • Menjaga lisan, pandangan, pendengaran & hati dari perkara2 yg dilarang.
  • Tidak berlebih2an maupun membazir dgn makanan terutama juadah berbuka.
  • Perbanyakkan amalan2 sunat- solat sunat rawatib.
  • Lazimi sunnah Rasulullah yg ringan tulang dlm urusan rumah tangga (terutama suami & anak2 lelaki)
  • Lazimi utk kawal dan tahan marah, didik diri untuk lebih bersabar.
  • Lazimi lidah utk sentiasa bersyukur dan memperbanyakkcan syukur kpd Allah di kala senang maupun susah.
  • Menjaga ikhtilat - hubungan antara lelaki dan perempuan.
  • Membayar zakat fitrah dalam waktu yg telah ditetapkan.
  • Ikhlaskan hati kerana Allah..hadirkan Allah di dalam hati, berusaha menjalani Ramadhan kali ini dgn sebaik mungkin seolah2 inilah Ramadhan terakhir kita.

Wednesday, March 18, 2015

Alhamdulillah

Ya Allah, syukur sangat bila dah bergelar seorang isteri. Yes, i'm married now.

Funny bile ingat balik macam mana kenal dengan hubby. Act, kami sekelas time blajar kt uia dulu tapi kami tak pernah tegur satu sama lain.

Maybe agak pelik kan, tapi tuh la hakikat nye. Orang yang tak pernah kita berkawan akhirnya jadi suami kita. Betul kate orang, jodoh pertemuan itu ketentuan Allah.

Ramai kawan2 yang agak terkejut bila kami kahwin sebab tak pernah sangka hubungan kami ni. Tapi tuh la moment yang paling besh.


Tuesday, February 3, 2015

Bio Ever Nano Cream

Bio~Ever Nano Cream menggunakan sistem bio-teknologi untuk menghantar kebaikan rumusan aktif bersaiz nano seperti Pegaga (Centella Asiatica), Wild Yam (Dioscorea Villosa) dan Kacang Soya (Glycine Soja) secara terus ke dalam darah melalui penggunaan luaran pada kulit. Saiz liposom yang kecil boleh menghantar dan membebaskan rumusan aktif yang diperlukan dengan tepat ke dalam badan. Pegaga menggalakkan penyembuhan luka dan merangsang sintesis kolagen. Wild Yam dan Kacang Soya pula mengandungi rumusan yang boleh mengaktifkan hormon tumbuh-tumbuhan yang mirip dengan aktiviti hormon badan.



Bagaimanakah Bio~Ever Nano Cream mempengaruhi badan kita?
Kacang soya dalam Bio~Ever Nano Cream mengandungi zat-zat semula jadi dan bahan-bahan antioksidan yang serupa dengan hormon wanita yang amat berkesan dalam mengatasi proses penuaan. Diosgenin yang terdapat dalam Bio~Ever Nano Cream pula dapat mengaktifkan hormon-hormon badan seperti progesteron, testosteron, kortisol dan sebagainya. Hormon-hormon ini dapat menyelaraskan sistem badan termasuklah fungsi metabolisme dan sistem saraf, di samping melambatkan penuaan organ-organ badan dan memelihara fungsi fisiologi badan. Selain itu, rumusan yang terkandung dalam Wild Yam (Dioscorea Villosa) dapat memelihara kelenjar tiroid, kelenjar adrenal, ovari dan testis serta kelenjar-kelenjar endokrin yang lain dan membolehkan kelenjar-kelenjar ini berfungsi secara lancar, seterusnya menggalakkan sistem hormon berfungsi dengan baik dan memperoleh badan yang sihat.

Bagaimanakah tahap penyerapan Bio~Ever Nano Cream?
Masa penyerapan adalah kira-kira 2-3 minit bagi selepas haid berhenti sehingga 7 hari sebelum bermulanya haid yang seterusnya. Selepas ini, masa penyerapan akan dipercepatkan di mana ia hanya memerlukan 15 saat. Tahap penyerapan yang lebih cepat ini menunjukkan badan manusia mempunyai lebih banyak hormon untuk diagihkan ke setiap kelenjar endokrin. Biasanya, Bio~Ever Nano Cream diserap dengan lebih cepat dalam tempoh 7 hari sebelum bermulanya haid.

Apakah cara penggunaan Bio~Ever Nano Cream?
1) PERINGKAT AWAL
Cuba pada kulit dengan kuantiti yang sedikit, perhatikan sama ada berlakunya keadaan alergi. Sekiranya tiada, anda dicadangkan untuk menghabiskan sebotol dalam masa 6 hari. Untuk mendapatkan kesan yang optimum dalam masa yang singkat. Namun sekiranya berlaku alergi, anda dinasihatkan untuk menggunakannya pada waktu pagi dan malam. Anda juga diingatkan untuk meminum air yang banyak, banyak bersenam dan mendapat rehat yang cukup.

2) TEMPOH PENJAGAAN
Ia bergantung pada keadaan individu sama ada untuk meningkatkan atau mengurangkan penggunaan Bio~Ever Nano Cream. Anda dicadangkan untuk menggunakannya setiap hari pada waktu pagi dan malam. Ia sesuai untuk kegunaan jangka panjang dan tidak akan menyebabkan ketidakselesaan.



Keberkesanan Bio Ever

Hai-O Mineral Coffee

Aroma istimewa Hai-O Mineral Coffee berasal daripada bijian kopi Robusta dan garam buluh organik semulajadi dari Korea. Selain aroma kopinya yang wangi, ia juga kaya dengan bahan mineral seperti magnesium yang dapat menggalakkan penyerapan kalsium dan penggunaannya. Hai-O Mineral Coffee bukan sahaja memenuhi cita rasa para peminat kopi, malah kandungan garam buluh di dalamnya telah meningkatkan nilai nutrisi kopi.

 

Kebaikan mineral coffee: